
KELAS TRANSISI TAHUN 1
2010
GURU KELAS : CIK SALWANI BINTI RAMLI
Ini
adalah pemandangan dari bahagian belakang kelas. Kelas ini merupakan
dewan sekolah satu ketika dahulu, dan dindingnya merupakan dinding
pembahagi antara kelas sebelah.

Bahagian muka hadapan pintu kelas Tahun 1.
Gambar atas : Merupakan sudut buah-buahan. (Gambar buah-buahan yang telah dilakar)
Ruang hadapan kelas.
Bahagian pintu belakang kelas.
Maklumat dalam kertas A4 berwarna digantung dan dilampirkan pada dinding sebagai maklumat tambahan pada murid.
BBM
mudah ini adalah bagi memudahkan murid-murid yang mempunyai
permasalahan dalam mangenal dan membezakan huruf besar dan huruf kecil.
Masih banyak yang perlu dilakukan penambahbaikan pada susunatur BBM dalam kelas agar nampak lebih kemas dan menarik.
Ini
pula merupakan alat bahan bantu mengajar (BBM) berbentuk gantungan yang
digunakan dari barangan perkakasan rumah diserapkan dalam P&P dalam
kelas. Walaupun nampak teralu ringkaas, namun ianya memberikan kesan
yang besar terutama kepada murid Tahun 1 yang baru mengenal gambar
dengan ejaan dalam dua bahasa yang berbeza iaitu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
Ini
adalah bahagian pintu belakang kelas. dinding bahagian atasnya dihiasi
dengan bentuk lakaran epal yang berwarna-warni dan di dalam epal
tersebut. Dalam epal tersebut ditampal dengan tulisan jawi bernombor.
Akhir kata, walaupun kini saya masih lagi Guru Kelas Tahun 1, namun saya telah mempunyai satu tanggungjawab baru iaitu sebagai
Guru Perpustakaan & Media sekolah.
Tumpuan saya kini lebih menjurus kepada pengurusan pentadbiran Perpustakaan Sekolah.
Semoga
dengan sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi ini, dapat dimanfaatkan oleh
semua. Pada masa akan datang, saya akan menambah lagi segala maklumat
yang ada berkaitan dengan
KELAS TRANSISI TAHUN 1.








