twitter
rss










 KELAS TRANSISI TAHUN 1
2010
GURU KELAS : CIK SALWANI BINTI RAMLI 

Ini adalah pemandangan dari bahagian belakang kelas. Kelas ini merupakan dewan sekolah satu ketika dahulu, dan dindingnya merupakan dinding pembahagi antara kelas sebelah. 








Bahagian muka hadapan pintu kelas Tahun 1.

Gambar atas : Merupakan sudut buah-buahan. (Gambar buah-buahan yang telah dilakar)
 Ruang hadapan kelas. 
 Bahagian pintu belakang kelas.
Maklumat dalam kertas A4 berwarna digantung dan dilampirkan pada dinding sebagai maklumat tambahan pada murid.
 BBM mudah ini adalah bagi memudahkan murid-murid yang mempunyai permasalahan dalam mangenal dan membezakan huruf besar dan huruf kecil.
 Masih banyak yang perlu dilakukan penambahbaikan pada susunatur BBM dalam kelas agar nampak lebih kemas dan menarik.
 Ini pula merupakan alat bahan bantu mengajar (BBM) berbentuk gantungan yang digunakan dari barangan perkakasan rumah diserapkan dalam P&P dalam kelas. Walaupun nampak teralu ringkaas, namun ianya memberikan kesan yang besar terutama kepada murid Tahun 1 yang baru mengenal gambar dengan ejaan dalam dua bahasa yang berbeza iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 
Ini adalah bahagian pintu belakang kelas. dinding bahagian atasnya dihiasi dengan bentuk lakaran epal yang berwarna-warni dan di dalam epal tersebut. Dalam epal tersebut ditampal dengan tulisan jawi bernombor.

Akhir kata, walaupun kini saya masih lagi Guru Kelas Tahun 1, namun saya telah mempunyai satu tanggungjawab baru iaitu sebagai
Guru Perpustakaan & Media sekolah. 
Tumpuan saya kini lebih menjurus kepada pengurusan pentadbiran Perpustakaan Sekolah. 

Semoga dengan sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi ini, dapat dimanfaatkan oleh semua. Pada masa akan datang, saya akan menambah lagi segala maklumat yang ada berkaitan dengan 
KELAS TRANSISI TAHUN 1. 


0 comments:

Post a Comment